November 6, 2013

Video Eksperimen

Video berikut merupakan video eksperimen yang dihasilkan oleh dua kumpulan pelajar dari tingkatan 2 dan 4 bagi menyertai Pertandingan Rekacipta Video Liga Remaja Kreatif 2013 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ini merupakan penyertaan kali pertama yang diharapkan menjadi satu katalis bagi memupuk minat pelajar untuk menghasilkan karya kreatif yang melangkaui pelbagai medium pengantara di masa-masa akan datang.

Kreativiti pelajar dalam meluahkan perasaan seharusnya dibawa ke arah yang dapat memberikan kebaikan buat diri sendiri dan juga rakan-rakan di sekeliling. Dengan itu, idea-idea baik tersebut sekurang-kurangnya dapat digembeling agar dapat memberi inspirasi biarpun sedikit untuk memajukan diri dalam bidang-bidang akademik dan juga non-akademik.

Segala kekurangan dalam video eksperimen ini adalah menggambarkan "sedikitnya masa dan tenaga" yang sempat diluangkan untuk menjayakan penerbitan ini. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat kerana sudi berganding bahu. Selamat Menonton.

Video 1: OBSESI - Kumpulan Tingkatan 2


Video 2: PLAGIARISME - Kumpulan Tingkatan 4


No comments :

Post a Comment