March 31, 2012

DINDING RATAPAN


Benarkah ruangan komen Facebook yang diistilahkan sebagai 'wall' atau dinding merujuk kepada 'dinding ratapan' amalan Yahudi? Atau barangkali ia sekadar kebetulan.

Jika diimbas semua laman interaktif popular seperti Ning, Blogspot, Google, Yahoo dan MySpace, rata-ratanya menggunakan istilah comment, reply, entry atau thread. Ironinya Facebook muncul dengan istilah wall atau dinding. Pembina laman itu Mark Zuckerberg tidak pernah menjelaskan mengapa beliau menggunakam istilah wall, bukannya comment atau reply. Keengganannya berbuat demikian menyebabkan umat Islam sejagat membuat tafsiran dengan mengaitkan pembina Facebook dengan 'dinding ratapan' kaum Yahudi di tembok Baitulmaqdis.

Zuckerberg adalah rakyat Amerika berbangsa Yahudi dan lahir di New York atau 'Little Israel' pada 14 Mei 1984. Beliau mencipta Facebook ke seluruh dunia menerusi kamar kecilnya di Havard, institusi pendidikan yang dipegang Yahudi. Kajian mendapati, nama Facebook berakar kata daripada perkataan 'faceit', istilah terkenal sebagai jargon Yahudi dalam menguasai dunia. Jadi nama Facebook bukanlah satu kebetulan.

Saat ini, Facebook sudah menakluk dunia dan boleh dilayari melalui jaringan maya selama 24 jam kerana kemudahan internet di komputer atau telefon bimbit. Mengapa dinding Facebook dikaitkan dengan amalan Yahudi? Cendikiawan Islam mentafsir di dinding itu mereka (Yahudi) menangisi dosa-dosa, menyampaikan ratapan, rintihan dan harapan.

Tanpa disedari kita (umat Islam) lebih banyak mengadu dan meratap masalah masing-masing di Facebook daripada mengadu kepada Allah. Umat Islam memberi lebih banyak masa untuk 'update status' di laman sosial FB daripada bersolat dan zikir kepada Allah. Lantaran itu, cendikiawan Islam berpesan kepada umat Islam agar tidak menjadikan Facebook wall sebagai tempat menumpahkan segala perasaan seperti Yahudi. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat berkonsi ilmu dan nasihat kepada umat Islam walaupun hanya kepada seorang.

Asal Usul Dinding Ratapan.
Pada 1520 kaum Yahudi diusir dari Sepanyol dan berpindah ke Palestin, lalu meminta kepada Sultan Sulaiman II (Khalifah Uthmaniyah Turki) agar dibolehkan beribadah di sekitar dinding berkenaan. Atas dasar kemanusiaan, Sultan Sulaiman mengizinkannya. Sejak itu kaum Yahudi datang ke tempat itu untuk mengenang masa lalu sambil menangis.

Itulah sebabnya mereka menamakannya Dinding Ratapan. Nama itu tidak ada hubungannya dengan ajaran Yahudi. Ia adalah istilah yang baru digunapakai oleh mereka. Dinding Ratapan adalah tempat paling penting dan suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa dinding 'bait suci' di Baitulmaqdis yang dibina oleh Raja Solomon (Nabi Sulaiman), putera Nabi Daud. Panjang tembok itu pada asalnya sekitar 485 meter dan sekarang hanya 60 meter. Ia hancur ketika diserbu tentera Rom pada 70 Masehi. Orang Yahudi percaya tembok itu tidak hancur kerana 'shekhinah' (kehadiran ilahi). Untuk itu mereka berdoa di situ.

Tembok itu dulunya dikenali sebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut 'Dinding Ratapan' kerana di situ orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Selain meratap, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas dan dimasukkan pada celah dinding tembok berkenaan.

Bagi umat Islam pula, dinding itu merupakan sebahagian dari dasar Masjidil Aqsa dan Masjidil Omar, serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad S.A.W ke syurga (Mi'raj) dengan menaiki buraq. Dinding itu menjadi rebutan antara Yahudi dan Muslim berterusan sehingga ke hari ini dan cendikiawan Islam menyifatkan Facebook sebagai pendokong Yahudi. Laman sosial luar biasa itu ditafsirkan sesetengah pihak bahawa ia tidak lahir begitu sahaja tetapi dirancang oleh pihak tertentu yang ingin menghancurkan Islam.
Artikel dari Siasah 23-29 Mac 2012 m/s 6