April 1, 2015

SENAMROBIK 2015

Diadakan pada 30/3/2015 jam 3.00 petang, Dewan Bestari.

BLOCK B
BLOCK BPERTANDINGAN SENAMROBIK - JOM JADI SIHATLIKE kumpulan ini sebagai tanda sokongan anda! Jumlah LIKE akan mewakili 40% undian penonton yang mungkin akan menentukan PEMENANG.UNDIAN DIBUKA SEHINGGA JAM 6.00 PETANG HARI ISNIN 6HB APRIL 2015
Posted by smkbelitong on Monday, 30 March 2015

ABCD

ABCDPERTANDINGAN SENAMROBIK - JOM JADI SIHATLIKE kumpulan ini sebagai tanda sokongan anda! Jumlah LIKE akan mewakili 40% undian penonton yang mungkin akan menentukan PEMENANG.UNDIAN DIBUKA SEHINGGA JAM 6.00 PETANG HARI ISNIN 6HB APRIL 2015.

Posted by smkbelitong on Monday, 30 March 2015

SParta

SPartaPERTANDINGAN SENAMROBIK - JOM JADI SIHATLIKE kumpulan ini sebagai tanda sokongan anda! Jumlah LIKE akan mewakili 40% undian penonton yang mungkin akan menentukan PEMENANG.UNDIAN DIBUKA SEHINGGA JAM 6.00 PETANG HARI ISNIN 6HB APRIL 2015.

Posted by smkbelitong on Monday, 30 March 2015

G-7D

G-7DPERTANDINGAN SENAMROBIK - JOM JADI SIHATLIKE kumpulan ini sebagai tanda sokongan anda! Jumlah LIKE akan mewakili 40% undian penonton yang mungkin akan menentukan PEMENANG.UNDIAN DIBUKA SEHINGGA JAM 6.00 PETANG HARI ISNIN 6HB APRIL 2015.

Posted by smkbelitong on Monday, 30 March 2015

All Star

All StarPERTANDINGAN SENAMROBIK - JOM JADI SIHATLIKE kumpulan ini sebagai tanda sokongan anda! Jumlah LIKE akan mewakili 40% undian penonton yang mungkin akan menentukan PEMENANG.UNDIAN DIBUKA SEHINGGA JAM 6.00 PETANG HARI ISNIN 6HB APRIL 2015.

Posted by smkbelitong on Monday, 30 March 2015

November 10, 2013

Mind Game: Anda dipaksa untuk menjadi sibuk

Anda sedang dilalaikan


SAMA ADA anda sedar atau tidak, anda sebenarnya sedang dipaksa untuk menjadi orang-orang yang sibuk. Erti kata lainnya, anda sedang sibuk atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda menyibukkan diri.

Anda adalah penyibuk, busybody. Anda jadi begitu setelah anda dipaksa untuk menjadi sibuk. Terlalu sibuk terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula akan menyebabkan anda menjadi orang-orang yang lalai sehingga mudah di-kambing-kan, mudah di-dungu-kan, mudah diperbodohkan dan mudah pula dipergunakan. Ia sebab anda lalai, terlalu lalai sehingga terlupa. Lalai terhadap apa?

Dalam artikel sebelum ini, diberitahu bahawa rancangan sulit Zionis membina negara haram Israel berjaya di-plot-kan pada ketika umat Islam di negara-negara mereka disibukkan dengan penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Ketika era penjajahan, umat Islam (kita ambil negara Islam sahaja dalam konteks ini) disibukkan dengan usaha membebaskan diri mereka dari penjajahan di negara tumpah darah mereka. Sejak dijajah, umat Islam berjuang untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman kuasa asing. Cuba periksa, lihat berapa banyak negara Islam yang berada bawah kuasa penjajah semasa era kolonial dan imperial.

Disebabkan terlalu sibuk, mereka pula (sebilangan besar, bukan semua) hanya memikirkan mengenai cara memerdekakan negara mereka sendiri sahaja tanpa serius memikirkan cara untuk sama-sama membantu membebaskan negara-negara Islam yang berjiran dengan negara mereka. Bukan tidak ada yang mahu membantu negara jiran sesama Islam yang sama-sama dijajah, tetapi bantuan sesama itu kurang serius. Mereka mahu membebaskan diri mereka sahaja, tetapi kurang serius memikirkan nasib saudara mereka di negara jiran. 

November 6, 2013

Video Eksperimen

Video berikut merupakan video eksperimen yang dihasilkan oleh dua kumpulan pelajar dari tingkatan 2 dan 4 bagi menyertai Pertandingan Rekacipta Video Liga Remaja Kreatif 2013 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ini merupakan penyertaan kali pertama yang diharapkan menjadi satu katalis bagi memupuk minat pelajar untuk menghasilkan karya kreatif yang melangkaui pelbagai medium pengantara di masa-masa akan datang.

Kreativiti pelajar dalam meluahkan perasaan seharusnya dibawa ke arah yang dapat memberikan kebaikan buat diri sendiri dan juga rakan-rakan di sekeliling. Dengan itu, idea-idea baik tersebut sekurang-kurangnya dapat digembeling agar dapat memberi inspirasi biarpun sedikit untuk memajukan diri dalam bidang-bidang akademik dan juga non-akademik.

Segala kekurangan dalam video eksperimen ini adalah menggambarkan "sedikitnya masa dan tenaga" yang sempat diluangkan untuk menjayakan penerbitan ini. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat kerana sudi berganding bahu. Selamat Menonton.

Video 1: OBSESI - Kumpulan Tingkatan 2


Video 2: PLAGIARISME - Kumpulan Tingkatan 4


October 17, 2013

Keselamatan Jalan Raya