November 6, 2013

Video Eksperimen

Video berikut merupakan video eksperimen yang dihasilkan oleh dua kumpulan pelajar dari tingkatan 2 dan 4 bagi menyertai Pertandingan Rekacipta Video Liga Remaja Kreatif 2013 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ini merupakan penyertaan kali pertama yang diharapkan menjadi satu katalis bagi memupuk minat pelajar untuk menghasilkan karya kreatif yang melangkaui pelbagai medium pengantara di masa-masa akan datang.

Kreativiti pelajar dalam meluahkan perasaan seharusnya dibawa ke arah yang dapat memberikan kebaikan buat diri sendiri dan juga rakan-rakan di sekeliling. Dengan itu, idea-idea baik tersebut sekurang-kurangnya dapat digembeling agar dapat memberi inspirasi biarpun sedikit untuk memajukan diri dalam bidang-bidang akademik dan juga non-akademik.

Segala kekurangan dalam video eksperimen ini adalah menggambarkan "sedikitnya masa dan tenaga" yang sempat diluangkan untuk menjayakan penerbitan ini. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat kerana sudi berganding bahu. Selamat Menonton.

Video 1: OBSESI - Kumpulan Tingkatan 2


Video 2: PLAGIARISME - Kumpulan Tingkatan 4


October 17, 2013

Keselamatan Jalan Raya

October 12, 2013

"We aim above the mark to hit the mark"

May 12, 2013

You Tube to PowerPoint presentation

Untuk membina persembahan PowerPoint yang menarik kita perlu menggabungkan elemen multimedia seperti video bagi menimbulkan kesan yang lebih dramatik kepada audien. Dan cara yang paling mudah untuk memasukkan video ke slaid persembahan PowerPoint ialah melalui perantaraan music-clips.com yang pernah diterangkan dalam post terdahulu. Ikuti langkah berikut:

1. Cari video dari You Tube, salin alamat URL
2. Buka music-clips.com, tampal URL, pilih format AVI, klik CONVERT
3. Setelah selesai, DOWNLOAD dan SAVE file
4. Buka PowerPoint, Insert>Video>Video From File
5. Pilih video yang telah anda save, klik Insert
6. Sekarang video telah siap dimasukkan dalam slaid PowerPoint
7. Gambaran video dalam Slide Show. Selamat Mencuba!