Ketika
yang lain sibuk bersms dan bercakap di telefon berjam-jam, dan kita
hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi permasalahannya dengan
demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan
digunakan untuk lain keperluan.
Ketika
yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang
mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi kebahagiaan.
Bukankah Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik
segala ujian duka buat kita. Bukan teman yang mereka puja-puja itu
yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.
Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentang kekacakan dan kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa.
Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang
mereka punya. Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya? Seorang
suami/isteri atau pun seorang kekasih yang mahu dipamerkan kepada semua?
Ketika
mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya
mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa
kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama. Kau sebenarnya lupa
tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya. Yang
bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang
terpilih untuk memiliki.
Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba. Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.