November 10, 2012
October 25, 2012
October 4, 2012
October 3, 2012
October 2, 2012
Ruang Dosa di Facebook
Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak
sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau
sahabat-sahabat yang lain.
"Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian,
agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari,
mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan
muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja
apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi
sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan
menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah
Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais,
beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat
beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
" Aku pernah
mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali
orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan.
Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu
perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian
pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam
aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi
aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir
Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita
daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu
Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan
kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali
melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah
berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)
Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan
tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan
muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan,
nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan
berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan.
MashaAllah.
"Dengan yang
demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang
menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan
oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan
dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan
lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat
memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia
berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang
ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan
kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di
sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan
sedemikian.
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam
golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita
melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada
umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita,
jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan
menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu
terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak
boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh
mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah,
jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum.
Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya
dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa
kita sedar.
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform
untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak
menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubat sebelum terlambat! Artikel iluvislam.com
Labels:
Umum
October 1, 2012
August 7, 2012
Aku & Perasaan
Ketika
yang lain sibuk bersms dan bercakap di telefon berjam-jam, dan kita
hanya mampu berdiam tiada teman, apa yang menjadi permasalahannya dengan
demikian? Bukankah duit dan kredit yang kita ada boleh disimpan dan
digunakan untuk lain keperluan.
Ketika
yang lain sibuk mengadu kepada kekasih mereka segala permasalahan yang
mereka punya, dan kita pula rasakan kita tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi kebahagiaan.
Bukankah Allah ada? Dia yang memberikan rasa bahagia dan menarik
segala ujian duka buat kita. Bukan teman yang mereka puja-puja itu
yang bisa menenangkan kegelisahan yang ada.
Ketika mereka berbangga menceritakan tentang teman yang mereka punya, tentang kekacakan dan kejelitaan pujaan hati mereka, dan kita hanya mampu mendengar dan tidak terkata apa.
Kita mula memasang angan-angan untuk memiliki teman seperti yang
mereka punya. Kebanggaan apa yang nak kita cari sebenarnya? Seorang
suami/isteri atau pun seorang kekasih yang mahu dipamerkan kepada semua?
Ketika
mereka berhias dan keluar bersama-sama dengan si dia dan kita hanya
mampu duduk dibilik membaca buku sahaja, kita rasakan hampanya tanpa
kehadiran insan yang boleh sentiasa bersama. Kau sebenarnya lupa
tentang kisah si epal yang tinggi di atas puncak pohonnya. Yang
bersendiri dan tiada siapa yang mampu merapati kecuali bagi insan yang
terpilih untuk memiliki.
Sehebat mana cinta, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama. Dan walau kau tak punya sesiapa, tatkala sampai masa yang ditentukanNya, dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba. Bukan sebagai kekasih sementara, tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.
Labels:
Umum
March 31, 2012
DINDING RATAPAN

Benarkah ruangan komen Facebook
yang diistilahkan sebagai 'wall' atau dinding merujuk kepada 'dinding ratapan'
amalan Yahudi? Atau barangkali ia sekadar kebetulan.
Jika diimbas semua laman
interaktif popular seperti Ning, Blogspot, Google, Yahoo dan MySpace,
rata-ratanya menggunakan istilah comment, reply, entry atau thread. Ironinya
Facebook muncul dengan istilah wall atau dinding. Pembina laman itu Mark
Zuckerberg tidak pernah menjelaskan mengapa beliau menggunakam istilah wall,
bukannya comment atau reply. Keengganannya berbuat demikian menyebabkan umat
Islam sejagat membuat tafsiran dengan mengaitkan pembina Facebook dengan
'dinding ratapan' kaum Yahudi di tembok Baitulmaqdis.
Zuckerberg adalah rakyat Amerika
berbangsa Yahudi dan lahir di New York atau 'Little Israel' pada 14 Mei 1984.
Beliau mencipta Facebook ke seluruh dunia menerusi kamar kecilnya di Havard,
institusi pendidikan yang dipegang Yahudi. Kajian mendapati, nama Facebook
berakar kata daripada perkataan 'faceit', istilah terkenal sebagai jargon
Yahudi dalam menguasai dunia. Jadi nama Facebook bukanlah satu kebetulan.
Saat ini, Facebook sudah menakluk
dunia dan boleh dilayari melalui jaringan maya selama 24 jam kerana kemudahan
internet di komputer atau telefon bimbit. Mengapa dinding Facebook dikaitkan
dengan amalan Yahudi? Cendikiawan Islam mentafsir di dinding itu mereka
(Yahudi) menangisi dosa-dosa, menyampaikan ratapan, rintihan dan harapan.
Tanpa disedari kita (umat Islam)
lebih banyak mengadu dan meratap masalah masing-masing di Facebook daripada
mengadu kepada Allah. Umat Islam memberi lebih banyak masa untuk 'update
status' di laman sosial FB daripada bersolat dan zikir kepada Allah. Lantaran
itu, cendikiawan Islam berpesan kepada umat Islam agar tidak menjadikan
Facebook wall sebagai tempat menumpahkan segala perasaan seperti Yahudi. Tapi
jadikanlah ia sebagai tempat berkonsi ilmu dan nasihat kepada umat Islam
walaupun hanya kepada seorang.
Asal Usul Dinding Ratapan.
Pada 1520 kaum Yahudi diusir dari
Sepanyol dan berpindah ke Palestin, lalu meminta kepada Sultan Sulaiman II
(Khalifah Uthmaniyah Turki) agar dibolehkan beribadah di sekitar dinding
berkenaan. Atas dasar kemanusiaan, Sultan Sulaiman mengizinkannya. Sejak itu
kaum Yahudi datang ke tempat itu untuk mengenang masa lalu sambil menangis.
Itulah sebabnya mereka
menamakannya Dinding Ratapan. Nama itu tidak ada hubungannya dengan ajaran
Yahudi. Ia adalah istilah yang baru digunapakai oleh mereka. Dinding Ratapan
adalah tempat paling penting dan suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini
adalah sisa dinding 'bait suci' di Baitulmaqdis yang dibina oleh Raja Solomon
(Nabi Sulaiman), putera Nabi Daud. Panjang tembok itu pada asalnya sekitar 485
meter dan sekarang hanya 60 meter. Ia hancur ketika diserbu tentera Rom pada 70
Masehi. Orang Yahudi percaya tembok itu tidak hancur kerana 'shekhinah'
(kehadiran ilahi). Untuk itu mereka berdoa di situ.
Tembok itu dulunya dikenali
sebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut 'Dinding Ratapan' kerana di situ
orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan.
Selain meratap, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada
sepotong kertas dan dimasukkan pada celah dinding tembok berkenaan.
Bagi umat Islam pula,
dinding itu merupakan sebahagian dari dasar Masjidil Aqsa dan Masjidil Omar,
serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad S.A.W ke
syurga (Mi'raj) dengan menaiki buraq. Dinding itu menjadi rebutan antara Yahudi
dan Muslim berterusan sehingga ke hari ini dan cendikiawan Islam menyifatkan
Facebook sebagai pendokong Yahudi. Laman sosial luar biasa itu ditafsirkan
sesetengah pihak bahawa ia tidak lahir begitu sahaja tetapi dirancang oleh
pihak tertentu yang ingin menghancurkan Islam.
Artikel dari Siasah 23-29 Mac 2012 m/s 6
Labels:
Kajian Masa Depan
February 8, 2012
AKU DIA & LAGU
Percaya atau tidak, watak imaginasi zaman kanak-kanak ‘Ultraman’ masih kuat pengaruhnya sampai ke hari ini. Mengikut perkembangan zaman, ‘watak-itu’ muncul dalam platform berbeza-beza – filem, kartun, games, baju kanak-kanak, alat mainan malah lagu. Inovasinya amat sinis sekali. Tak percaya? Dengar, dengar, dengar… (macam familiar je.. tabik boss)
Kita kena jadi 'Ultraman' untuk memenangi hati anak-anak didik kita!
Labels:
Magis
January 22, 2012
January 8, 2012
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)